~welcome~

mulakan hari anda dengan senyum.. senyum...senyum... senyum lagi....... ya 'aa'auuu
manisnya...

Sabtu, April 16

~suami ohh suami~

wahai bakal2 suami, bakal2 isteri..... kamu perlu tahu satu benda sebelum berkahwin, terutama kepada bakal suami.. bagaimana pilihan kamu untuk memilih seorang isteri untuk bakal2 anak kamu.. kamu perlu tahu satu benda... ada 3 perkara yang kamu perlu titikberatkan...

  • bagaimana plihan bakal isteri kamu, ape kreteria beliau yang ingin kamu cari.. kamu perlu memilih isteri yang kuat agamanya, kerana ia akan menjadi contoh kepada anak-anak kamu kelak, akan mengajar anak2 kamu mengenai agama. kalo ibu bapa sendiri cetek pegangan agamanya, bagaimana nak mengajar anak2 kamu kelak... mahukah kamu mempunyai anak2 yang derhaka terhadap kamu, melawan kata2 kamu, mengingkari arahan kamu. jadi, memilih seorang isteri yang betul sangat di utamakan.
  • memberi nama2 yang baik kepada anak2 kamu.. memberi nama yang panjang dan sedap, tetapi tidak mempunya maksud yang baik, itu akan menjejaskan kepada anak2 kamu, bila mereka sudah dewasa kelak. mereka akan malu kerana ibu bapanya memberi nama yang hodoh kepada mereka.
  • yang terakhir ialah, mengajar anak2 kamu mengaji, mengenal apa itu al-quran,. sebab itu pentingnya memilih isteri yang kuat agamanya, supaya boleh mendidik anak2 kamu mengaji. kerana jika kita berpegang kepada al-quran hidup seseorang itu akan diberkati, tidak akan terpesong..
oleh itu, jika kamu wahai lelaki, tidak menitik beratkan 3 perkara ini dalam perkahwinan, jangan salahkan anak kamu apabila mereka melawan kata kamu, biadap dengan kamu, derhaka kepada kamu.. tetapi sebenarnya, kamu lah dahulu yang derhaka kepada anak kamu itu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan